Tangan hancur tersepit mesin

in Uncategorized by


IPOH – Seorang lelaki warga Bangladesh hampir putus tangan kiri selepas tersepit di mesin bancuhan tanah membuat pasu.


Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh, Mohd Rosli Ibrahim berkata, kejadian berlaku di sebuah premis membuat pasu di Jalan Kuala Kangsar, di sini.


Katanya, pihak Bomba dan Penyelamat Ipoh menerima panggillan orang awam pada jam 12.07 minit tengah hari tadi.


“Setibanya di lokasi kejadian, kita dapati mangsa dalam keadaan sedar diselamatkan oleh rakan sekerja.


“Mangsa mengalami kecederaan teruk pada bahagian tangan dan Bomba EMRS memberikan rawatan awal sebelum menyerahkan mangsa kepada pihak ambulans unuk dihantar ke hospital bagi rawatan lanjut,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.


Katanya, seramai tujuh anggota terlibat dibantu dua pegawai perubatan Klinik Kesihatan Chemor.


Mohd Rosli berkata, operasi berkenaan bagaimanapun tamat pada jam 13.10 tengah hari.


Source: SH Edisi Perak

[featured-video-plus]