Tiga nyaris lemas

in Edisi by


KUANTAN – Kegembiraan tiga lelaki mandi-manda di kawasan Teluk Tongkang, Teluk Chempedak di sini nyaris bertukar tragedi apabila ketiga-tiga mereka hampir lemas, petang semalam.


Bagaimanapun nasib kesemua mereka agak baik apabila kejadian disedari pengunjung lain.


Dalam kejadian kira-kira jam 6.50 petang itu, mangsa berjaya diselamatkan dengan bantuan orang ramai.


Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Sani Harul berkata, pihaknya dimaklumkan berhubung kejadian jam 6.59 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Kuantan dikerah ke lokasi untuk menggerakkan operasi menyelamat.


Menurutnya, bagaimanapun ketika pihaknya tiba di lokasi, kesemua mangsa berketurunan India itu sudah diselamatkan dengan bantuan orang ramai.


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]