Abang ipar Raja Sepanyol dipenjara kerana rasuah

in Global by


MADRID – SEPANYOL. Abang ipar Raja Sepanyol dijatuhkan hukuman penjara hari ini, selepas gagal dalam rayuan terhadap dakwaan kes rasuah.


Inaki Urdangarin, suami kepada kakak Raja Felipe, Cristina dihantar ke penjara di Brieva, kira-kira 100 kilometer di utara Madrid pada jam 8 pagi (waktu tempatan).


Bekas pemain bola baling Olimpik Sepanyol itu dijatuhi hukuman penjara lima tahun, 10 bulan.


Kes berkenaan mencetuskan kemarahan di Sepanyol dan mencemarkan imej keluraga diraja. – AFP


Source: SH Global

[featured-video-plus]