Amirudin keluar dari Istana Alam Shah

in Edisi Selangor KL by


KLANG – Adun Sungai Tua, Amirudin Shari keluar dari Istana Alam Shah di sini kira-kira jam 6.30 petang tadi.


Kehadiran beliau ke istana mungkin ada kaitan dengan pelantikan menteri besar yang baharu esok.


Beliau menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dan sempat melambai kepada media yang menunggu di luar istana


Selepas lima minit Setiusaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani pula menyusul.


Menurut sumber istana, tiada sebarang raptai diadakan melainkan hanya persiapan Majlis Angkat Sumpah dan lantikan menteri besar yang baharu dilakukan.


Tengah hari tadi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi mempersembahkan calon menteri besar yang baharu di Istana Bukit Kayangan.


Sementara jam 4 petang tadi merupakan kali terakhir Mohamed Azmin mengetip kad perakam di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.


Mohamaed Azmin melepaskan jawatan beliau sebagai menteri besar selepas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melantiknya sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi.


Source: SH Edisi Sel KL

[featured-video-plus]