Angin kencang landa SPU

in Edisi Utara by


SEBERANG PERAI UTARA – Beberapa kawasan di daerah ini dilanda angin kuat sehingga mengakibatkan beberapa rumah milik penduduk rosak dalam kejadian lewat petang semalam.


Angin kuat yang melanda itu melibatkan beberapa kawasan antaranya di Kepala Batas, Tasek Gelugor dan Bagan.


Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, kejadian dianggarkan berlaku kira-kira jam 6.45 petang sehingga 7.30 malam.


“Hujan lebat dan angin kencang ini mengakibatkan 59 kediaman mengalami kerosakan bumbung dan lain-lain bahagian rumah yang mana melibatkan beberapa kawasan di daerah ini,” katanya.


Dalam masa sama katanya, kejadian ribut turut mengakibatkan seorang mangsa cedera.


“Mangsa seorang lelaki warga tempatan cedera ringan setelah ditimpa pokok ketika menunggang motosikal di Jalan Lubuk Meriam, Tasek Gelugor .


“Mangsa dihantar ke wad kecemasan Hospital Kepala Batas dan seterusnya ke Hospital Seberang Jaya untuk rawatan selanjutnya,” katanya.


Source: SH Edisi Utara

[featured-video-plus]