Angka maut meningkat tiga orang

in Global by


TOKYO – JEPUN. Angka kematian akibat gempa bumi 6.1 magnitud melanda Osaka hari ini meningkat kepada tiga orang.


Mangsa terbaharu seorang lelaki tua berusia 80-an yang maut dihempap almari buku yang tumbang.


Sebelum itu, seorang budak perempuan berusia sembilan tahun dan lelaki warga emas maut di bandar Takatsuki akibat dihempap runtuhan tembok.


Siaran langsung televisyen menunjukkan saluran paip air pecah manakala sebuah rumah dijilat api selepas gempa bumi melanda bandar metropolitan kedua terbesar di Jepun itu sejurus sebelum jam 8 pagi tadi (waktu tempatan), ketika orang ramai berpusu-pusu ke pejabat. – AFP


[ARTIKEL BERKAITAN: Seorang maut, gempa bumi 5.3 magnitud landa Osaka]


Source: SH Global

[featured-video-plus]