Atlet menembak Terengganu maut

in Edisi Terengganu by


KUALA TERENGGANU – Anak bongsu kepada bekas Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesejahteraan Bandar negeri dan juga Adun Permaisuri, Mohd Izzat Amir Mohd Jidin, meninggal dunia selepas terbabit dalam satu kemalangan di bandar ini, petang tadi.


Difahamkan mangsa menunggang motosikal ketika kemalangan yang berlaku kira-kira jam 5.30 petang di hadapan sebuah pasaraya di Tanjung, di sini. 


Bapanya, Datuk Mohd Jidin Shafee yang dihubungi hanya mengesahkan kematian anaknya akibat kemalangan dan memberitahu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sheikh Ibrahim malam ini.

 


Source: SH Edisi Terengganu

[featured-video-plus]