Hindraf nafi amal sikap perkauman

in Edisi Utara by


KULIM – Pengerusi Hindraf Kedah, P Muniandy menafikan parti itu mewujudkan ketegangan kaum seperti yang digembar-gemburkan sesetengah pihak.


Beliau berkata, walaupun Hindraf banyak memperjuangkan hak kaum India namun tidak pernah mengetepikan golongan tertindas yang memerlukan.


“Kita akan tolong rakyat yang mahukan hak asasi mereka yang diketepikan dan tidak adil.


“Kita akan bantu dengan peguam yang ada,” katanya.


Menurutnya, Hindraf juga bukan satu organisasi bersifat rasis seperti yang sering dilaungkan pihak tertentu untuk melagakan pelbagai kaum di negara ini.


“Kita tegaskan kita tidak rasis, harap semua orang tidak lagi salah faham.


“Kita boleh bersama semua orang tanpa kira kaum,” katanya.


Source: SH Edisi Utara

[featured-video-plus]