Raja Thai urus aset sendiri, perlu bayar cukai

in Global by


BANGKOK – THAILAND. Aset keluarga diraja Thailand yang diuruskan sebuah agensi rasmi telah diserahkan untuk diuruskan sendiri oleh Raja Thai yang akan menentukan perancangan berkenaan aset terbabit, namun beliau juga perlu mula membayar cukai berikutan perubahan urus tadbir itu.


Perubahan tersebut dimaklumkan agensi pengurusan ‘Biro Hartanah Diraja’ yang mengurus perkara itu sejak sekian lama.


“Semua harta diraja akan dipindahkan dan pemilikannya dipegang Raja supaya ia boleh diurus dan ditadbir mengikut arahan beliau.


“Ringkasnya, aset terbabit yang sebelum ini didaftarkan atas nama Biro Hartanah Diraja kini boleh dipegang atas nama Raja,” menurut kenyataan di laman web biro itu.


Kekayaan Raja Maha Vajiralongkorn Bodindradebayavarangkun, termasuk aset yang baru dipindahkan itu dianggarkan lebih AS$30 bilion (RM119.9 bilion).


Pemindahan aset itu adalah sebahagian usaha raja berusia 65 tahun itu untuk memperkukuh kedudukannya sejak menaiki takhta pada 2016.


Satu rang undang-undang diluluskan oleh Parlimen Thailand tahun lalu berkaitan pemindahan berkenaan.- Agensi


Source: SH Global

[featured-video-plus]