Saya hanya penyokong setia: Anwar

in Edisi Utara by


PERMATANG PAUH – Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya akan menjadi penyokong setia dan tidak akan memegang mana-mana jawatan dalam kerajaan.


Menurutnya, beliau akan menyokong penuh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mentadbir negara.


“Tiada apa-apa pun jawatan saya, saya beritahu Tun Mahathir, saya kata Tun jalanlah amanah ini dengan baik, saya akan bagi sokongan, apa-apa saya rasa tak betul, saya akan bagi tau dia baik. Itu memang kerja saya, saya tak mau apa-apa jawatan,” katanya.


Beliau berkata demikian dalam majlis rumah terbuka Ahli Parlimen Permatang Pauh di Guar Perahu, semalam.


Katanya, buat masa ini sebaiknya laluan diberikan kepada kerajaan untuk menjalankan tugas.


“Kita tengok sekarang ini beberapa langkah diambil oleh PM, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, yang juga orang Pulau Pinang, TPM pun ada jalankanlah dengan baik,” katanya.


Anwar berkata, beliau ketika ini hanya ingin berkongsi kepada dunia mengenai pengalaman politiknya di Malaysia.


“Saya tak nak fikir lagi bab tu (bertanding), saya akan buat macam ni kerja bebas, boleh bercakap mana-mana, berjalan mana-mana.


“Kemudian tunggu masa bila Tun Mahathir merasakan cukup boleh jalankan tugas dia dengan baik, maka saya akan ambil alih jawatan PM.


“Bila saya ambil alih, kita buat kenduri yang pertama di Permatang Pauh Insya-ALLAH, tapi lambat lagilah,” katanya.


Source: SH Edisi Utara

[featured-video-plus]