Tiga cedera kereta terjunam dalam gaung

in Edisi Pahang by


KUANTAN- Tiga termasuk dua kanak-kanak cedera selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung setinggi 30 meter di Jalan Kuantan- Segamat berhampiran Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pekan, Kampung Arong, Pekan, awal pagi tadi.


Dalam kemalangan jam 5.37 pagi itu,seorang lelaki dipercayai  pemandu kereta jenis Proton Wira,   Khirron Hisam Yusoff, 40 dari Felda Kertong 1, dilaporkan patah tangan dan kaki kiri.


Manakala dua kanak-kanak (lelaki dan perempuan) dipercayai anak  lelaki terbabit dilaporkan cedera.


Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Sani Harul berkata, susulan maklumat diterima, lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pekan dikerah ke lokasi untuk bantuan menyelamat.


Menurutnya, ketika tiba di lokasi, pihaknya mendapati ketiga-tiga mangsa berada dalam kereta jenis Proton Wira yang  terjunam ke dalam gaung sedalam 30 meter itu.


“Usaha menyelamat dan menaikkan  mereka  mereka digerakkan mengunakan tali dan alat pengusung.


“Magsa yang diselamatkan dibawa ke Hospital Pekan menggunakan ambulans untuk rawatan lanjut,” katanya.


Source: SH Edisi Pahang

[featured-video-plus]