Tiga maut dirempuh kereta api di London

in Global by


LONDON – ENGLAND. Tiga orang maut di selatan London akibat dirempuh kereta api, kata polis hari ini sambil menyifatkan insiden itu ‘tidak dapat dijelaskan’.


Beberapa sumber mengatakan mangsa berkemungkinan adalah sekumpulan artis grafiti berikutan sejumlah tin penyembur cat yang ditemui berhampiran mayat terbabit di stesen kereta api Loughborough Junction berhampiran Brixton.


“Pasukan saya sedang berusaha memahami apa yang berlaku dan bagaimana mereka maut di landasan kereta api. Ketika ini, kami menganggap kematian mereka sebagai tidak boleh dijelaskan, sementara siasatan dijalankan.


“Sesiapa yang berada diĀ  stesen kereta api Loughborough Junction pagi ini dan ternampak sesuatu yang relevan diminta menghubungi kami segera,” kata penyiasat, Gary Richardson.


Polis sedang menentukan bila kemalangan berlaku termasuk kemungkinan mereka dilanggar kereta api kargo, awal pagi tadi. – AFP


Source: SH Global

[featured-video-plus]