Umno kini berani berubah

in Politik by


SHAH ALAM – Pertembungan tujuh penjuru merebut jawatan Presiden Umno pada 30 Jun ini adalah perkara yang boleh dianggap pembaharuan dalam Umno.


Penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Ahmad Martadha Mohamed berkata, melihat dalam senario politik Umno, pada 1987 Tengku Razaleigh Hamzah bertanding melawan Tun Dr Mahathir Mohamad dan selepas daripada itu memang tidak ada lagi pertandingan yang sebegini.


“Jadi bagi saya ini satu perkembangan yang positif dalam Umno yang menunjukkan bahawa parti Umno telah mula berani untuk berubah


“Keadaan ini menunjukkan bahawa parti Umno juga sensitif dengan suara-suara daripada akar umbi yang sebelum ini mendesak supaya perubahan dilakukan,” katanya kepada Sinar Harian.


Menurutnya, ini disebabkan juga disebabkan suara daripada akar umbi yang mahukan supaya perubahan itu berlaku kerana sebelum ini Umno tidak begitu peka dengan suara akar umbi.


Kata Dekan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa UUM ini lagi, walaupun sebelum ini, ramai termasuk beliau sendiri mendesak supaya Umno maju dan perlu meremajakan parti namun proses peremajaan parti tidak berlaku kerana budaya feudal dalam parti Umno sangat kuat.


Beliau berkata, kepimpinan tertinggi dalam Umno banyak dikuasai oleh mereka yang agak veteran dan ini menunjukkan proses peremajaan itu tidak berlaku.


“Apabila suara daripada akar umbi semakin mendesak dan ditambah pula dengan kekalahan Umno dalam PRU14. Desakan itu telah menjadi satu realiti,” katanya.


 


 


Source: SH Politik

[featured-video-plus]