Aidilfitri solo tahun akhir: Idris Khan

in Hiburan by
Pelakon – Idris Khan.

Aidilfitri solo tahun akhir: Idris Khan


“RAYA solo terakhir mungkin, Insya-Allah harap semua orang boleh doakan saya,” ujar Idris Khan kepada Sinar Harian.


Begitulah ulasan ringkas pelakon popular menerusi drama Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin ketika diajukan soalan mengenai sambutan raya pada tahun ini.


Sebelum ini Sinar Harian melaporkan, awal tahun 2018 pemilik nama Idris Khan Abdul Ghaffar Khan atau Idris Khan bakal berkahwin dengan wanita maghribi yang dikenali Sanaa Jaffer.


Dalam perkembangan terkini, pada raya kelima figura berusia 30 tahun ini akan meneruskan sambutan rayanya di Eropah berikutan terbabit dengan penggambaran bersiri 13 episod terbitan Zeel Production Sdn Bhd, siaran RTM.


“Cuti raya pada tahun ini tak lama sebab saya akan terlibat dengan penggambaran drama Anugerah Cinta Aishah.


“Jadi, hari raya kelima ini saya sudah bertolak ke Budapest dan Vienna,” katanya.


Source: SH Hiburan 1

[featured-video-plus]