AS, Korea Selatan setuju gantung latihan tentera

in Global by


WASHINGTON – AMERIKA SYARIKAT. Amerika Syarikat (AS) dan Korea Selatan bersetuju untuk menggantung latihan tentera bersama yang dijadual berlangsung pada bulan Ogos, kata pegawai Korea Selatan dan AS, semalam.


Pengumuman itu dibuat selepas Presiden Donald Trump berikrar untuk menamatkan “permainan perang” selepas sidang kemuncak bersama pemimpin Korea Utara Kim Jong-un di Singapura minggu lalu.


“Korea Selatan dan AS bersetuju untuk menggantung segala perancangan berkaitan dengan latihan tentera yang dijadualkan pada bulan Ogos,” menurut Kementerian Pertahanan Korea Selatan.


Kenyataan Pentagon mengesahkan tentang penggantungan itu dan menambah bahawa akan ada mesyuarat antara setiausaha pertahanan dan setiausaha negara dengan penasihat keselamatan negara Presiden Trump berhubung isu berkenaan pada minggu ini.


“Kami masih menyelaraskan tindakan-tindakan lain yang perlu diambil. Tiada keputusan tentang latihan perang selanjutnya ditetapkan,” kata jurucakap Pentagon Dana White.


Tahun lalu, 17,500 tentera ASA dan lebih 50,000 askar Korea Selatan menyertai latihan tentera bersama dua negara itu.


Latihan itu bagaimanapun tertumpu kepada simulasi komputer dan bukan latihan yang memerlukan penggunaan senjata, kereta kebal atau pesawat. – Reuters


Source: SH Global

[featured-video-plus]