Dua maut dalam insiden tembakan

in Global by


STOCKHOLM – SWEDEN. Dua terbunuh dalam satu kejadian tembakan di selatan bandar Malmo, lapor agensi berita Xinhua memetik sumber polis Sweden.


Kejadian pada Isnin malam itu berlaku apabila penyerang melepaskan tembakan dari sebuah kenderaan yang bergerak dan menyebabkan lima mangsa cedera.


Dua daripada mangsa yang cedera meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.


Polis dalam satu kenyataan berkata motif kejadian dikenal pasti sebagai pembunuhan dan bukan serangan pengganas.


Bagaimanapun, kawasan kejadian masih dikepung polis bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.   – Bernama


Source: SH Global

[featured-video-plus]