Guan Eng minta rakyat beri masa tunai janji

in Nasional by


CYBERJAYA – Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berharap rakyat dapat memberi sedikit masa kepada kerajaan, sekurang-kurangnya sehingga keadaan kewangan negara bertambah baik, sebelum memenuhi janji-janji yang dibuat dalam manifesto pilihan raya.


Beliau berkata, keadaan kewangan negara ketika ini tidak baik berikutan hutang kerajaan mencecah RM1 trilion.


“Kami masih komited memenuhi manifesto pilihan raya kami.


“Bagaimanapun, kami menghadapi hutang yang besar dan perlu memperoleh kestabilan kewangan sebelum dapat melaksanakan semua janji kami,” katanya pada majlis pelancaran Program Pemecut Global oleh Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia di sini, hari ini.


Lim berkata, kerajaan masih dapat memenuhi komitmennya untuk menghapuskan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).


“Kami telah menunjukkan walaupun tanpa GST kita tidak muflis dan pada masa yang sama kami boleh memberikan Bantuan Rakyat 1Malaysia kepada mereka yang memerlukan.


“Jadi, berikan kami sedikit masa untuk menangani kewangan kita terlebih dahulu sebelum kami dapat menunaikan¬† janji kami,” tambahnya. – Bernama


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]