Jumlah kenderaan tidak terkawal punca kesesakan

in Edisi by


KOTA BHARU – Jumlah kenderaan yang tidak terkawal menjadi antara faktor kesesakan lalu lintas yang berlaku di negeri ini sempena Hari Raya Aidilfitri kali ini, kata Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.


Menurutnya, walaupun kerajaan telah melakukan pelbagai usaha untuk mengurangkan kesesakan itu, namun ia belum tentu dapat menyelesaikan masalah tersebut.


“Kita tengok di Lebuhraya Utara Selatan pun sesak, Johor ke Kedah, semuanya lebih enam jam. Disebabkan pertambahan kenderaan.


“Usaha kita adalah besarkan jalan, tapi kalau jumlah kenderaan tidak dikawal, maka jangka masa panjang pun kita tidak boleh selesaikan juga masalah ini,” katanya kepada media di sini.


Source: SH Edisi Kelantan

[featured-video-plus]