Kanak-kanak maut akibat mercun

in Edisi Johor by


KOTA TINGGI – Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun maut selepas empat hari menerima rawatan di hospital akibat terkena mercun.


Mangsa, Nuraqira Khaeefa Muhamad Saad, 7, difahamkan tidak sedarkan diri selepas mengalami cedera di bahagian kepala ketika berada di Felda Papan Timur.


Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ahsmon Bajah ketika dihubungi mengesahkan kejadian.


Beliau berkata, kejadian berlaku pada 14 Jun, sehari sebelum Syawal.


“Kes dilaporkan pada 18 Jun. Setakat ini kita siasat di bawah Seksyen 304A Kanun keseksaan/Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1958 dan Seksyen.33 Akta kanak kanak.


“Kita masih siasatan punca sebenar kejadian. Mohon orang awam yang ada maklumat untuk menghubungi polis Kota Tinggi atau Pemangku Ketua Bahagian Siasatan Jenayah (KBSJD) Asp Aziziul Hamsar,”katanya kepada Sinar Harian.


Difahamkan, jenazah kanak-kanak itu yang dibawa pulang ke rumah datuknya malam tadi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Papan Timur, pagi tadi.


Source: SH Edisi Johor

[featured-video-plus]