Latihan tentera AS, Korea Selatan ditunda

in Global by


WASHINGTON – AMERIKA SYARIKAT. Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) mengumumkan semua perancangan untuk mengadakan latihan tentera bersama Korea Selatan pada Ogos ditunda, lapor agensi berita Xinhua.


Jurucakap Pentagon Dana White berkata dalam satu kenyataan pada Isnin, keputusan tersebut “selaras dengan persetujuan yang dicapai antara Presiden Donald Trump dengan sekutunya Republik Korea”.


Tambah kenyataan itu lagi, akan ada pertemuan di Pentagon akhir minggu ini untuk membincangkan isu berkenaan yang dijangka dihadiri oleh Setiausaha Pertahanan AS James Mattis, Setiausaha Negara Mike Pompeo dan Penasihat Keselamatan Negara John Bolton.


Sebelum ini, pada pertemuan bersejarah antara Trump dengan pemimpin tertinggi Korea Utara Kim Jong-un di Singapura, Presiden AS itu dilaporkan berkata akan menamatkan latihan ketenteraan dengan Korea Selatan.


Sidang Kemuncak yang berlangsung pada 12 Jun itu  pertama dalam sejarah merupakan satu acara penting dan signifikan dalam mengatasi ketegangan dan permusuhan sejak berdekad antara kedua-dua negara ke arah masa depan baharu.


Trump dan Kim turut memberi komitmen untuk melaksanakan ketetapan dalam kenyataan bersama yang ditandatangani dengan ‘sepenuhnya dan secepat mungkin’. – Bernama

 


Source: SH Global

[featured-video-plus]