Lima sekawan dicekup bersama dadah

in Edisi Utara by


GEORGETOWN – Lima sekawan ditahan bersama dadah bernilai RM296,700 di tiga lokasi berlainan, minggu lalu.


Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk A Thaiveegan berkata, tangkapan pertama dibuat pada 10 Jun, jam 12.45 tengah malam melibatkan seorang lelaki berusia 42 tahun di kawasan flat di Jelutong, di sini.


Menurutnya, hasil tangkapan itu, polis merampas dadah bernilai RM26,260 yang disimpan dalam beg silangnya.


“Susulan daripada penahanan lelaki itu, polis menahan seorang lelaki berusia 36 tahun di Jambatan Pulau Pinang pada hari sama, jam 5 petang. Kita merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM21,000 dari suspek.


“Tangkapan ketiga dibuat pada 14 Jun, kira-kira jam 6 petang di sebuah rumah di Air Itam melibatkan dua lelaki dan seorang wanita. Mereka berusia lingkungan 36 hingga 47 tahun. Hasil tangkapan, kita berjaya merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM249,500,” katanya kepada media tadi.


Tambahnya, tiga suspek direman sehingga 20 Jun ini manakala dua lagi dituduh di mahkamah.


Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.


Source: SH Edisi Utara

[featured-video-plus]