Malaysia jatuh tiga tempat dalam daya saing digital dunia

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Malaysia jatuh tiga tempat kepada kedudukan ke-27 dalam IMD World Digital Competitiveness Ranking 2018, markah terendah keseluruhan dalam masa lima tahun.


Menurut laporan pusat IMD World Digital Competitiveness, tahun ini majoriti (29) negara yang dikaji menunjukkan peningkatan terhadap tahap daya saing digital, bagaimanapun negara rantau Asia Tenggara seperti Malaysia, Filipina dan Indonesia merekodkan penurunan.


Sementara itu, Singapura, berada di kedudukan pertama sejak lima tahun kebelakangan dipotong oleh Amerika Syarikat dalam kajian itu yang membabitkan 63 ekonomi. Lain-lain negara yang menduduki lima kedudukan teratas ialah Sweden, Denmark dan Switzerland.


“Keputusan menunjukkan beberapa negara mengalami “ketidakseimbangan penyesuaian” atau tidak sepadan antara latihan tahap tinggi dengan pendidikan dan sikap dalam melaksanakan digitalisasi, yang mana antara ekonomi berkenaan adalah Austria, Malaysia dan Russia,” kata laporan itu.


Kedudukan keseluruhan adalah berasaskan tiga faktor iaitu pengetahuan, teknologi dan kesediaan pada masa hadapan.


Malaysia mengekalkan pengetahuan di kedudukan ke-17 manakala susut empat anak tangga kepada 22 untuk teknologi dan dua kedudukan kepada 29 untuk kesediaan ke arah transformasi digital.  


IMD adalah sekolah perniagaan bebas yang berakar umbi dari Switzerland dan capaian global. – Bernama


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]