Misi pencarian diteruskan

in Global by


JAKARTA – INDONESIA. Pihak berkuasa Indonesia menyambung semula misi mencari dan menyelamat mangsa tragedi bot karam di Danau Toba, satu destinasi pelancongan popular di Sumatera Utara.


Dijangkakan 18 mangsa berjaya diselamatkan manakala seorang lagi disahkan meninggal dunia dalam kejadian itu yang berlaku petang semalam.


Tidak dapat dipastikan jika ada pelancong asing terbabit dalam insiden berkenaan.


Pegawai Kementerian Pengangkutan, Sri Hardianto berkata, misi menyelamat dimulakan sekitar jam 7 pagi waktu tempatan dan keadaan cuaca pada hari ini jauh lebih baik berbanding semalam.


Semalam, jurucakap Agensi Pengurusan Bencana (BNPT), Sutopo Purwo Nugroho memberitahu, feri dikendalikan syarikat Sinar Bangun itu karam akibat keadaan cuaca teruk kira-kira jam 5.30 petang berhampiran kawasan Prapat, ketika sedang membawa kira-kira 80 penumpang dari Pulau Samosir di tasik terbabit. – Reuters


Source: SH Global

[featured-video-plus]