Netanyahu bertemu Raja Abdullah

in Global by


AMMAN – JORDAN. Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu telah bertemu Raja Abdullah semasa kunjungan rasminya ke Jordan.


Menurut satu kenyataan dikeluarkan mahkamah diraja Jordan semalam,  Netanyahu dan Abdullah membincangkan apa yang dipanggil antara Israel dan Palestin.


“Raja dan perdana menteri membahas perkembangan serantau serta memajukan proses perdamaian dan hubungan dua hala,” kata jurucakap rasmi Netanyahu.


“Perdana Menteri Netanyahu mengulangi komitmen Israel untuk mengekalkan status quo di tempat suci di Baitulmaqdis (al-Quds),” tambahnya.


Mesyuarat itu menjelang lawatan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, Jared Kushner dan Jason Greenblatt, utusan khas presiden kepada proses perdamaian Timur Tengah, yang dijangka tiba di rantau ini pada minggu ini.


Lawatan terakhir Netanyahu ke Jordan adalah pada tahun 2014.


Dalam perkembangan berkaitan, seorang remaja Palestin berusia 13 tahun yang ditembak tentera Israel dalam tunjuk perasaan di Semenanjung Gaza, baru-baru ini, meninggal dunia akibat kecederaannya, semalam, kata Kementerian Kesihatan di wilayah dikuasai Hamas.


Jurucakap kementerian, Ashraf al-Qudra berkata, Zakaria Bishbash ditembak tentera Israel di bahagian perut, beberapa hari lalu, namun beliau tidak memberikan butiran lanjut.


Sekurang-kurangnya 132 penduduk Palestin dibunuh, sejak tunjuk perasaan besar-besaran di sepanjang sempadan Gaza mulai 30 Mac lalu.


Namun, tiada seorang pun warga Israel terbunuh. – Press TV/AFP


Source: SH Global

[featured-video-plus]