Seorang maut, seorang cedera bas terbalik

in Nasional by


GOMBAK – Sebuah bas membawa 42 penumpang terbalik selepas melanggar pengadang jalan di KM33 Lebuhraya Karak menghala Kuala Lumpur petang tadi.


Dalam kejadian jam 6.34 petang tadi, seorang penumpang disahkan meninggal dunia akibat tersepit sementara seorang lagi berjaya dikeluarkan dan mengalami kecederaan.


Sehingga jam 8 malam, operasi menyelamat masih giat dijalankan oleh Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang dan BBP Bentong.


Difahamkan mangsa terlibat telah dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]