Siapa bakal Ketua Pembangkang Kedah?

in Edisi Utara by


ALOR SETAR – Kedudukan Ketua Pembangkang Dun Kedah didakwa masih menjadi tanda tanya, walaupun Dun Kedah akan bersidang bulan depan.


Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, Pas sudah memiliki nama pemimpin yang akan memegang jawatan sebagai ketua pembangkang namun enggan mengulas lanjut.


“Ketua Pembangkang Dun Kedah akan diumumkan nanti kepada semua dalam tempoh terdekat,” katanya ketika diminta mengulas siapa bakal Ketua Pembangkang Dun Kedah.


Sebelum ini, Adun Anak Bukit, Datuk Amiruddin Hamzah merupakan Ketua Pembangkang Dun Kedah sebelum mengumumkan keluar Pas untuk menyertai Bersatu November lalu.


Source: SH Edisi Utara

[featured-video-plus]