Trafik lancar di beberapa lebuh raya utama

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama negara pada pagi hari kelima Syawal hari ini dilaporkan lancar dan terkawal, demikian menurut PLUS Malaysia Berhad dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).  


Jurucakap PLUS Malaysia Berhad berkata setakat 9 pagi ini, aliran trafik di kedua-dua arah Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) bergerak lancar dan terkawal.


Keadaan tradik di sepanjang jambatan Pulau Pinang dari kedua-dua arah juga lancar meskipun mencatat pertambahan bilangan kenderaan, katanya ketika dihubungi Bernama.


Namun, katanya, aliran trafik dari Changkat menuju ke Kuala Kangsar agak perlahan sepanjang empat kilometer berikutan sebuah lori rosak di kilometer 230.3.


Sementara itu, LLM melaporkan aliran trafik lancar dan terkawal bermula Kuantan menuju ke Bentong melalui Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) serta di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dari Kuala Terengganu ke Kuantan.


Aliran trafik di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), khususnya dari arah Bentong ke Gombak juga dilaporkan lancar.


Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) di talian 1800-88-7752 atau merujuk laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik dan www.twitter.com/llminfotrafik. – Bernama


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]