Khalid Samad Menteri Wilayah Persekutuan?

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dikatakan bakal diumumkan sebagai Menteri Wilayah Persekutuan petang ini bagi mengisi senarai karbinet kerajaan baharu.


Nama Wakil Rakyat tiga penggal dari parti Amanah itu sebelum ini telah disebut-sebut bagi menyandang jawatan yang sebelum ini diterajui Setiausaha Agong Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.


Selain Khalid Samad, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok juga antara nama yang dicalonkan bagi jawatan itu.


Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Mhd Amin Nordin Abd Aziz, ketika ditanya berhubung perkara itu berkata pihaknya juga masih menunggu pengumuman rasmi yang bakal dibuat hari ini.


Beliau juga tidak menolak kemungkinan yang Khalid Samad bakal dilantik sebagai Menteri Wilayah Persekutuan.


“Saya dengar begitu juga. Saya pun sedang tunggu,” katanya ringkas.


Khalid Samad sebelum ini menafikan laporan portal berita tentang dirinya yang bakal mengangkat sumpah sebagaiĀ  Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam Kabinet Tun Dr Mahathir Mohamad.


Bagaimanapun beliau mengakui menghantar kesemua 11 nama ahli-ahli parlimen dari Amanah untuk mendapat kerusi karbinet dan menyerahkan kepada Perdana Menteri untuk membuat keputusan.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]