KJ dapat restu Tok Mat bertanding Presiden Umno

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Calon Presiden Umno, Khairy Jamaluddin berkata beliau tidak mempunyai mana-mana pasukan dalam pemilihan parti termasuk dengan calon Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan.


Namun, beliau mengakui ada meminta restu Mohamad sebelum mahu bertanding jawatan Presiden Umno.


“Pemilihan kali ini timbulkan rasa kekok kerana saya Timbalan Ketua Umno Bahagian Rembau, manakala Tok Mat (Mohamad) adalah Ketua Bahagian Rembau. Sebelum mencalonkan diri sebagai Presiden, saya ada hubungi Tok Mat dan minta izin beliau.


“Beliau pun ada beri nasihat kepada saya. Walaupun saya tiada pasukan, tetapi faham-fahamlah maksud saya itu,” katanya dalam sidang media hari ini.


Terdahulu, Mohamad dilaporkan berkata, beliau  tidak akan membentuk pasukan bersama Khairy.


Sebaliknya, kata Mohamad, beliau lebih selesa  bertanding atas tiket individu.


Sementara itu, Khairy berkata, beliau enggan menerima sebarang jawatan dalam parti sekiranya kalah dalam pemilihan sebagai Presiden Umno.


“Kalau saya kalah, saya akan tetap kekal dalam Umno. Tetapi biarlah tiada tawaran jawatan kalau kalah, itu sepatutnya jadi semangat dalam parti.


“Saya juga akan terus bantu parti sebagai ahli parlimen,” katanya.


[ARTIKEL BERKAITAN: KJ janji kebebasan kritik Presiden Umno]


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]