Samsudin tiada hasrat bertanding

in Uncategorized by


AYER KUNING – Ketua Umno Bahagian Tapah, Datuk Samsudin Abu Hassan  mengambil keputusan tidak akan bertanding dalam Majlis Kerja Tertinggi Umno yang akan berlangsung tidak lama lagi.


Katanya, beliau hanya mahu melihat siapa yang bertanding di peringkat tinggi selain Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang tidak menawarkan diri untuk bertanding sebagai timbalan presiden parti itu.


Menurutnya, beliau kini sedang melihat dan mendengar apakah tindakan seterusnya perlu dijalankan selain memperkasakan Umno di peringkat bahagian dan cawangan di Tapah.


“Saya tidak berhasrat bertanding di peringkat MT Umno pada kali ini sebaliknya bersiap-sedia untuk memperkuatkan Umno di peringkat bahagian dan cawangan Tapah.


“Calon-calon terbaik untuk jawatan presiden parti sudah pasti perwakilan parti Umno seluruh negara mengetahui siapa yang terbaik termasuk timbalan presiden,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, kelmarin.


Samsudin yang juga Adun Ayer Kuning berkata, harapannya selepas mantan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Abd Razak menyerahkan jawatan sementara kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk mengepalai parti itu ia satu arahan yang seharusnya diterima demi kesinambungan dan survival parti itu khususnya kepada BN itu sendiri.


Katanya, sementara itu timbalan presiden dan naib presiden juga dicalonkan untuk dipertandingkan dengan lebih sihat.


“Dasar buka pintu yang lebih telus untuk siapa yang bertanding jawatan penting itu turut menunjukkan Umno lebih matang.


“Sebagai ahli perwakilan, siapa sahaja jadi pucuk kepimpinan kita kena lihat pemimpin ini dengan lebih baik apatah lagi era sokongan kuat kepada BN dan Umno di tahap baik di samping mengambil pendekatan menarik pengundi muda bersama parti ini,” katanya.


Source: SH Edisi Perak

[featured-video-plus]