Stadium Hang Jebat banjir?

in Edisi Melaka Negeri Sembilan by


MELAKA TENGAH – Persiapan bagi perlawanan bola sepak Piala Belia 2018 membabitkan pertemuan di antara pasukan Melaka United dan Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) dijadualkan jam 4.45 petang tadi sedikit terganggu gara-gara venue pertandingan di Stadium Hang Tuah dinaiki air.


Pengarah Eksekutif Perbadanan Stadium Melaka, Yong Yoon Pin berkata, hujan lebat selama lebih tiga jam tanpa henti telah mengakibatkan kawasan stadium dipenuhi air.


“Stadium mula dinaiki air sejam jam 7.45 pagi tadi dan kita kesal berikutan perlawanan akan berlangsung petang ini jadi pelbagai usaha terpaksa dilakukan bagi mengeluarkan air yang memenuhi kawasan padang serta bahagian bawah grand stand.


“Kita terpaksa menggunakan mesin bagi mengeluarkan air yang bertakung dan kebiasaannya terpaksa mengambil masa sekurang-kurangnya tiga jam untuk surut,” katanya.


Menurut Yoon Pin, kejadian berkenaan bukanlah kali pertama malam stadium berkenaan sudah beberapa kali dinaiki air.


“Saya menggesa pihak MBMB (Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah) dan JPS (Jabatan Pengairan dan Saliran) mengambil inisiatif bagi menyelesaikan masalah banjir ini untuk jangka pendek dan jangka panjang.


“Setiap kali air lambat surut kita terpaksa menggunakan cara manual untuk mengeluarkan air yang bertakung,” katanya.


Bagaimanapun katanya, perlawanan yang dijadualkan pada sebelah petang ini dapat diteruskan berikutan keadaan padang yang semakin baik.


Source: SH Edisi Melaka NS

[featured-video-plus]