Tabung Harapan Malaysia cecah RM89.1 juta

in Nasional by


SHAH ALAM – Sebanyak RM89.1 juta dikumpulkan melalui Tabung Harapan Malaysia setakat jam 3 petang Ahad.


Jumlah kutipan terkini tabung itu dikeluarkan Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan.


Tabung Harapan Malaysia dilancarkan 30 Mei lalu sebagai usaha rakyat untuk membantu kerajaan mengurangkan hutang negara yang mencecah RM1 trilion.


Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sebelum ini berkata, sumbangan derma yang disalurkan kepada tabung tersebut hanya akan digunakan untuk membayar hutang kerajaan.


Rakyat yang ingin menyumbang kepadaTabung Harapan Malaysia boleh berbuat demikian menerusi akaun Maybank 5660-1062-6452.


Jumlah kutipan tabung tersebut akan dikemaskini pada 3 petang setiap hari di laman web Kementerian Kewangan.


[ARTIKEL BERKAITAN: Tabung Harapan dan hutang negara]


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]