Tiada Timbalan Menteri Besar Selangor

in Nasional by


SHAH ALAM – Kerajaan negeri di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (Harapan) meneruskan tradisi tidak melantik timbalan menteri besar di negeri ini.


Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, tiada keperluan lantikan jawatan tersebut dan pendirian berkenaan dibuat selaras ‘tradisi’ Harapan negeri yang menolak pelantikan jawatan itu.


“Tiada perancangan melantik timbalan menteri besar dan kita akan meneruskan tradisi Harapan sebelum ini untuk tidak melantik jawatan itu,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Pejabat Menteri Besar, di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, pagi tadi.


Harapan (dulu Pakatan Rakyat) memutuskan tidak melantik jawatan itu sejak 2008 selepas Pakatan Rakyat berjaya mentadbir kerajaan negeri.


Langkah itu dibuat selaras komitmen pentadbiran Harapan yang konsisten mengurangkan kos operasi dalam pentadbirannya.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]