Umno Perlis hormati keputusan Ismail

in Politik by


KANGAR – Umno Perlis menghormati keputusan Adun Tambun Tulang, Datuk Ismail Kassim yang mengambil keputusan untuk keluar daripada Umno.


Setiausahanya, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, walau bagaimanapun Umno berasa agak kecewa kerana tiada perbincangan dibuat terlebih dahulu sebelum Ismail mengambil keputusan berkenaan.


“Kita menghormati keputusan dia tapi dia tak berbincang dengan Umno negeri jadi kami tak tahu, tiba-tiba dia keluar.


“Tetapi apa pun kita tetap hormati keputusan  dan pendirian dia,”katanya ketika dihubungi.


Zahidi yang juga Setiausaha BN Perlis merangkap Ahli Parlimen Padang Besar  berkata, keputusan yang diambil oleh Ismail juga menunjukkan bahawa beliau tidak dikawal oleh sesiapa.


“Ini pendiriannya, dan keputusan ini membuktikan bahawa dia memang daripada dahulu lagi bukanlah ‘puppet’ atau dikawal oleh orang tertentu,” katanya.


Ismail yang juga adik kepada Pengerusi  BN Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim mengumumkan keluar daripada Umno untuk menjadi Adun bebas.


Beliau turut menyatakan bakal menyertai Pakatan Harapan (Harapan) melalui parti Bersatu.

 


Source: SH Politik

[featured-video-plus]