Zionis bedil lokasi Hamas

in Global by


BAITULMAQDIS – PALESTIN. Israel membedil 25 lokasi pejuang Hamas sejak awal pagi tadi selepas diserang dengan tembakan roket dan mortar.


Menurut penduduk tempatan, dua anggota Hamas mengalami kecederaan ringan dalam serangan udara berkenaan yang dilakukan di selatan Semenanjung Gaza.


Tiada kematian dilaporkan setakat ini pada pihak Israel dalam serangan berkenaan yang disifatkan sebagai antara paling sengit membabitkan tembakan roket dan serangan udara.


Menurut tentera rejim, 30 tembakan roket dan mortar telah dilepaskan ke arah wilayah dikuasai Israel dan sistem perlindungan peluru berpandu Iron Dome berjaya memintas tujuh roket. – Reuters


Source: SH Global

[featured-video-plus]