Isu Bernas: Tiga jawatankuasa cari jalan

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Tiga jawatankuasa ditubuhkan bagi mencari jalan penyelesaian terbaik berhubung isu monopoli Syarikat Padi Beras Nasional (Bernas).


Menteri Pertanian Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub berkata perkara itu telah dipersetujui Kabinet, semalam.


“Tiga jawatankuasa ini bertanggungjawab mengkaji dan mengeluarkan model baharu selepas tamatnya konsesi Bernas pada tahun 2021.


“Pertama dipangku Ketua Setiausaha Negara, kedua merupakan Majlis Penasihat Negara diketuai Tan Sri Abd Rahman Mamat dan ketiga yang dipengerusikan Exco Industri Asas Tani Selangor, Ir Izham Hashim,” katanya pada sidang media di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang, di sini, hari ini.

 


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]