KJ cadang SPRM pantau pemilihan Umno

in Nasional by


SHAH ALAM – Calon Presiden Umno, Khairy Jamaluddin mencadangkan supaya pemilihan Umno dipantau oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


Beliau berkata, walaupun cadangan itu dilihat terlewat dan beliau bukan Presiden Umno ketika ini, namun parti itu boleh bekerjasama dengan agensi tersebut pada akan datang.


[ARTIKEL BERKAITAN: SPRM perlu awasi pemilihan Umno]


“Cadangan saya selain daripada beri kesedaran kepada ahli, kalau dulu pemilihan parti ini kita buat dalaman sahaja. Kita boleh jemput SPRM untuk pantau proses pemilihan kita.


“Kita jemput SPRM bekerjasama pantau pemilihan Umno akan datang supaya orang betul-betul takut untuk buat apa-apa kerana ada penyiasat yang mungkin bersama dengan kita. Itu jawapan luar biasa saya,” katanya dalam sesi Facebook Live Sinar Harian, hari ini.


Sebelum ini, Setiausaha Agung Veteran Umno, Datuk Mustapha Yaakub mahu SPRM mengawasi kempen pemilihan Umno bagi mengelakkan berlakunya sogokan politik wang daripada calon bertanding.

 


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]