Lilah tawar tanding MT, ketua Umno bahagian Jempol

in Politik by


JEMPOL – “Waktu saya susah Umno yang tolong saya, sekarang Umno susah, saya nak tolong Umno.”


Itu antara kata-kata diluahkan mantan Adun Palong, Datuk Dr Lilah Yasin yang merupakan calon Majlis Tertinggi Umno dan ketua Umno bahagian Jempol.


Katanya, gandingan pemimpin yang berpengalaman dengan pemimpin muda sangat penting bagi melonjakan pencapaian Umno dalam PRU akan datang.


“Pengalaman akan membimbing kita dalam merencana strategi perjuangan, manakala pemimpin baru akan membawa nafas baru dengan pemikiran dan keperluan terkini sertai bertenaga dalam perlaksanaan.


“Dengan keperluan tersebut, saya menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ahli Majlis Tertinggi Umno dan ketua Umno bahagian Jempol,” katanya kepada Sinar Harian.


Lilah berkata, campakkan jauh-jauh nilai sombong, angkuh dan berpuak puak.


” Jika kita mahu Umno yang bermaruah, kita jangan menjual maruah diri. Utamakan dan kuarkan pasukan Umno.


“Asas perjuangan Umno sangat kuat untuk agama, bangsa dan tanah air.


“Dengan bermodalkan 54 kerusi Parlimen dengan sokongan padu 2.5 juta undian, Umno mesti bangkit dan melangkah kehadapan.


“Pilih pemimpin Umno yang kuat daya juang, bijaksana, berwawasan, tahan lasak dan berintegriti,” katanya.


Katanya lagi, kepimpinan baharu Umno mesti berani membawa perubahan dengan merencana gagasan terkini bagi mengantikan BN dengan nama, lambang dan roh perjuangan yang baharu.


“Jika ini dapat dibuat, saya yakin bukan sahaja ahli Umno akan terus setia tetapi majoriti rakyat akan menyokong parti yang sudah berjasa ini,” katanya.


Sebagai rekod, Lilah berkelulusan Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Pengurusan dan Pembangunan di Universiti Utara Malaysia (UUM)


berpengalaman dalam politik selama 38 tahun, termasuk menjadi Ketua Pemuda Umno dan Ketua Umno Bahagian Jempol.


Lilah turut berpengalaman dalam mentadbir iaitu 32 tahun wakil rakyat termasuk menjadi Exco negeri, speaker Dun dan Ahli Parlimen.


Source: SH Politik

[featured-video-plus]