Mahgribi tetap pulang bangga

in Sukan by


JURULATIH Maghribi, Herve Renard menegaskan pasukannya tetap pulang bersama rasa bangga meskipun mereka tersingkir daripada saingan Piala Dunia apabila tewas 0-1 kepada Portugal, malam tadi.


Selepas turut tewas 0-1 kepada Iran dalam aksi pertama sebelum ini, jaringan tunggal pemenang lima kali Ballon d’Or, Cristiano Ronaldo, sudah cukup untuk Portugal menewaskan Maghribi sekaligus membuatkan wakil Afrika itu mengucapkan selamat tinggal di pentas tersebut.


Walaupun sedikit beremosi selepas kekalahan itu, namun Renard tetap berasa pasukan itu wajar berbangga dengan apa yang dipamerkan.


Malah Renard turut berterima kasih kepada penyokong yang menjadikan Stadium Luzhniki seperti Casablanca.


“Saya bangga dengan permainan dan pemain saya, bangga dengan negara ini.


“Äpa yang saya pasti pada ketika ini adalah seluruh rakyat Maghribi berbangga dengan pasukan,” kata Renard, 49, yang menjuarai Piala Negara Afrika bersama Zambia dan Ivory Coast.


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]