Nelayan jangan bimbang: Salahuddin

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Elaun sara hidup nelayan akan tetap disalurkan seperti biasa setiap bulan tanpa sebarang perubahan meskipun kerajaan telah bertukar.


Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub berkata pihaknya telah bertindak segera susulan aduan nelayan masih belum menerima elaun sara hidup, malam tadi.


“Malam tadi saya terima aduan, ada nelayan masih belum terima elaun sara hidup dan siasatan segera terus dijalankan.


“Saya ingin nyatakan di sini, semua elaun sara hidup nelayan telah dimasukkan 11 Jun lalu. Maknanya tiada isu tukar kerajaan, tiada elaun sara hidup,” katanya pada sidang media di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang, hari ini.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]