Rakam lagu raya Salamiah Hassan teringat arwah mak

in Hiburan by
Salamiah Hassan. Foto – BOBONG LATIF

Rakam lagu raya Salamiah Hassan teringat arwah mak


PENYANYI Salamiah Hassan teruja kerana pertama kali berpeluang merakam semula lagu-lagu raya evergreen.


Mengulas mengenai itu, bagaimanapun sedikit terbit rasa syahdu di hatinya kerana terkenangkan insan yang telah tiada.


“Bila menyanyi lagu-lagu raya ini, saya teringat zaman kanak-kanak dahulu. Masa arwah mak masih hidup, aktiviti sebelum raya kami sama-sama tukar kulit sofa, buat kuih raya, gantung langsir dan banyak lagi.


“Jadi lagu rakaman semula ini sedikit menyentuh emosi saya,” ujarnya sebak.


Menerusi album Nada Seni Gema Lebaran Legenda terbitan Ajai, Salamiah Hassan merakam semula lagu Bila Takbir Bergema (Rafeah Buang), Doa Di Hari Mulia (Uji Rashid) dan Hari Yang Mulia (Sharifah Aini).


Dalam menahan sebak, figura berusia 68 tahun ini turut berkongsi kemeriahan yang diraikan bersama adik-beradiknya yang pulang berhari raya di rumah arwah ibu bapanya di Selayang.


“Pagi raya saya dan adik-beradik pulang ke rumah arwah mak ayah di Selayang Baru kerana kini rumah itu adik bongsu dan keluarga dia yang tinggal.


“Masing-masing bawa balik makanan ala-potluck sampai penuh meja makan tu.


“Sambil kami semua berbual bergelak ketawa diiringi lagu-lagu raya. Perasaan bercampur baur.


“Syukur dilahirkan dalam keluarga besar ini kami semua sangat akrab dan tak pernah bertentangan pendapat. Malah, masing-masing ada untuk saling bantu membantu.


Source: SH Hiburan 1

[featured-video-plus]