Trump arah henti pemisahan anak pendatang asing

in Global by


 


WASHINGTON – AMERIKA SYARIKAT. Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump semalam mengarahkan supaya pemisahan anak-anak pendatang asing daripada ibu bapa mereka di sempadan AS-Mexico, dihentikan.


Ini bercanggah dengan dasar tegas dikeluarkan Trump terhadap pendatang asing.


Lebih 2,300 kanak-kanak terpisah daripada ibu bapa dan saudara-mara mereka, selepas merentasi sempadan antara AS dengan Mexico secara haram sejak 5 Mei.


Pendatang yang ditahan tidak boleh berhubungan dengan saudara-mara mereka.


Kisah-kisah mereka mencetuskan kemarahan dan perdebatan dalam kalangan Parti Republikan, iaitu parti yang dianggotai Trump sendiri.


Masyarakat antarabangsa juga menuduh AS mencabuli hak asasi manusia.


Menurut Trump, meskipun dengan perubahan itu, penguatkuasaan sempadan akan tetap dikawal ketat.


Selama berminggu-minggu, Trump menegaskan bahawa beliau terikat dengan undang-undang, dan hanya Kongres yang dapat menyelesaikan masalah tersebut.


Sebelum ini, Trump ketika berucap dalam sebuah konvensyen perniagaan, beliau berkata, kanak-kanak perlu diambil jika ibu bapa mereka dipenjarakan kerana kesalahan menyeberangi sempadan AS secara ha­ram.


Trump turut membangkitkan kemarahan orang ramai apabila  memuat naik status dalam Twitter bahawa pendatang tanpa dokumen akan ‘mengerumuni’ AS.


Menteri Luar Mexico, Luis Vi­degaray menyelar polisi AS yang disifatkan sebagai ‘kejam dan tidak berperikemanusiaan’. – AFP

 


Source: SH Global

[featured-video-plus]