15 lagi nama diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Perdana Meneri Tun Dr Mahathir Mohamad telah menyerahkan 15 lagi nama anggota Kabinet tambahan kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.


Memetik laporan Malaysiakini, sumber kerajaan berkata, senarai itu telah diserahkan pada Rabu lalu.


“Keseluruhan akan ada 28 menteri, masing-masing dua dari Sabah dan Sarawak.


“Timbalan menteri juga termasuk di samping nama-nama senator yang mungkin akan turut dilantik,” katanya.


Namun begitu, jumlah timbalan menteri dan calon-calon senator tidak dinyatakan secara khusus.


Katanya,  Ketua Setiausaha Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah; Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad; Timbalan Setiausaha Agung DAP, Teresa Kok dan Penolong Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan DAP, Ong Kiang Ming turut termasuk dalam senarai menteri itu.


Difahamkan, Saifuddin akan memegang portfolio kementerian luar dan Kiang Ming pula akan menjadi menteri perdagangan antarabangsa.


Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran juga mengesahkan satu senarai telah diserahkan kepada Agong.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]