Galak rakyat undi seawal umur 18 tahun

in Nasional by


SHAH ALAM- Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Saifuddin Abdullah bersetuju dengan kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mungkin membuka peluang untuk rakyat mengundi seawal umur 18 tahun.


Memetik laman Twitternya, beliau menggalakkan mereka mengundi dengan mudah dan berharap dapat menurunkan umur untuk layak mengundi kepada 18 tahun.


Menurutnya, ia wajar didaftarkan secara automatik sebaik sahaja mencecah umur tersebut.


“Semangat demokrasi adalah untuk meluaskan penyertaan, sekiranya mahukan lebih ramai yang mengundi, umur 18 tahun sudah diterima oleh undang-undang sebagai umur matang dan mereka ini layak mendapat lesen memandu, menjadi ahli parti politik, memiliki harta dan sebagainya.


“Jika dituduh dalam kes jenayah pun, mereka tidak lagi dihadapkan ke mahkamah juvana, tetapi dihadapkan ke mahkamah biasa sama seperti orang dewasa,” katanya.


Saifuddin yang merupakan Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (Harapan) berkata, pendaftaran secara automatik dapat menangani masalah sukar mendaftar sebagai pemilih.


Katanya, yang mengulas mengenai peluang rakyat Malaysia mengundi seawal umur 18 tahun.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]