Gunung berapi Shinmoedake kembali meletus

in Global by


TOKYO – JEPUN. Gunung berapi Shinmoedake di Kyushu, pulau paling selatan di negara itu, dilaporkan meletus hari ini, buat kali pertama sejak April, sekali gus memuntahkan asap setinggi ribuan meter ke udara.


Letusan itu berlaku dalam tempoh kurang seminggu selepas gempa bumi kuat melanda kawasan barat Jepun, walaupun tidak menunjukkan sebarang aktiviti sejak mula meletus, namun pihak berkuasa tetap mengawal kemasukan pengunjung ke lokasi menempatkan puncak setinggi 1,421 meter tersebut.


Imej yang ditayangkan di televisyen menunjukkan asap dan abu kelihatan di udara di atas puncak gunung berapi itu, yang pernah  ditampilkan dalam filem James Bond bertajuk, ‘You Only Live Twice’ pada 1967.


Jepun mempunyai 110 gunung berapi aktif dan pemantauan berterusan dilakukan ke atas 47 daripada jumlah itu.- Reuters


Source: SH Global

[featured-video-plus]