Ibu kelar anak didakwa

in Edisi by


TEMERLOH – Seorang suri rumah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Temerloh hari ini atas pertuduhan mengelar anak lelakinya yang berusia 19 bulan sehingga maut, Ahad lalu.


Tertuduh, Asmani Mat,31, dituduh melakukan perbuatan tersebut di rumah mereka diĀ  Felda Jengka 13, Maran antara pukul 8.30 hingga 9 malam.


Tiada sebarang pengakuan direkodkan ketika tertuduh dihadapkan di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi,Ti Pei Si.


Pei Si kemudiannya menetapkan 20 Julai untuk tarikh sebutan semula di Mahkamah Majistret Maran.


Sementara itu, suami tertuduh, Muhammad Rizal Jusoh, 42, yang hadir bersama beberapa ahli keluarga sempat menemui isterinya dan menenangkannya sebelum prosiding bermula.


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya,Siti Hajar Mustafa dan tertuduh tidak diwakili peguam.


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]