Isu Palestin-Israel: Raja Jordan jumpa Trump 25 Jun

in Global by


AMMAN – JORDAN. Raja Jordan, Raja Abdullah akan bertemu Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump di Rumah Putih pada 25 Jun ini bagi membincangkan proses damai Palestin-Israel.


“Raja Abdullah dan isteri dijadualkan bertemu pegawai kanan pentadbiran Trump dan anggota Kongres,” kata jurucakap istana Raja Jordan dalam satu kenyataan.


Tedahulu, Raja Abdullah turut mengadakan perbincangan mengenai isu itu dengan penasihat Trump, Jared Kushner dan wakil khas, Jason Greenblatt.


Jordan yang juga sekutu AS, adalah antara dua negara Arab, selain Mesir yang menandatangani perjanjian damai dengan Israel.


Sementara itu, Rumah Putih memaklumkan Trump berharap pertemuan itu akan terus merapatkan hubungan AS dan Jordan.


Kedua-dua pemimpin akan membincangkan pelbagai isu membabitkan kepentingan bersama, termasuk memastikan keamanan berpanjangan antara Israel dan Palestin.- AFP/Reuters


Source: SH Global

[featured-video-plus]