Kerajaan Johor umum nama speaker Dun 28 Jun ini

in Edisi Johor by


JOHOR BAHRU – Persoalan siapakah yang bakal menggalas jawatan speaker Dun Johor akan diumumkan secara rasmi oleh kerajaan negeri pada 28 Jun ini.


Menteri Besar, Datuk Osman Sapian berkata, setakat ini terdapat dua nama yang telah disenaraikan untuk menggalas tugas dan tanggungjawab tersebut.


“Setakat ini ada calon lain, ada dua nama,” katanya ketika ditemui pemberita ketika menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri Parlimen Pulai di Tapak Bazar Ramadan Perling Mall, di sini, hari ini.


Ditanya mengenai senarai calon disebutkan, Osman yang juga Adun Kempas tidak menafikan Naib Pengerusi Amanah Johor, Suhaizan Kayat telah disenaraikan sebagai calon untuk jawatan tersebut.


Bagaimanapun, katanya, sebarang kemungkinan boleh berlaku selagi tiada sebarang pengumuman rasmi dibuat.


“Tunggu 28 Jun diumumkan. Mungkin (Suhaizan Kayat) tapi apa saja boleh berlaku,” katanya.


Source: SH Edisi Johor

[featured-video-plus]