Khamsaton sedia rebut jawatan

in Edisi Johor by


PONTIAN –  Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Tanjung Piai, Khamsaton Suliman menawarkan diri bertanding jawatan Timbalan Ketua Umno Bahagian Tanjung Piai.


Khamsaton berkata, dia memilih untuk bertanding selepas berbincang dan mendapatkan pandangan dari rakan-rakan seperjuangan di dalam Umno.


Menurutnya, sebagai ahli Umno yang setia kepada parti, beliau akan mencurahkan sepenuh hati demi memastikan kesinambungan perjuangan untuk generasi Melayu pada masa akan datang.


“Hari ini Umno tidak boleh lagi berdiam diri dan hanya melihat dari jauh tanpa ada rasa tanggungjawab untuk memastikan ahli-ahli tetap istiqamah dengan perjuangan demi agama, bangsa dan tanah air,” katanya kepada Sinar Harian.


Khamsaton pernah menjadi Setiausaha Pemuda Umno Bahagian Pontian (1995-2000), Ketua Pemuda Umno Bahagian Pontian (2000-2004) dan Setiausaha Kerja Pemuda Umno Negeri Johor (1995-1998).


Beliau juga pernah menjadi Setiausaha Kerja Biro Antarabangsa Pemuda Umno Malaysia yang dipengerusikan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein serta pengalaman sebagai Setiausaha Kerja Biro Pertanian Umno Malaysia yang dipengerusikan Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 2005.


Source: SH Edisi Johor

[featured-video-plus]