Mangsa kemalangan perlu sumbangan

in Edisi Utara by


SIK – Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) dan Ahli Parlimen Sik telah tampil menziarahi pelajar dari Kampung Begia Jeniang yang terlibat kemalangan pada 26 Mei lalu.


Pengurus Mapim Kedah, Muhammad Shukri Saari berkata, sebelum ini kedua-dua pihak datang mengunjungi susulan kemalangan berkenaan. Katanya, ia sekaligus menafikan dakwaan pihak tertentu yang kononnya ahli parlimen tidak turun padang membantu.


“Kami juga bersama ketika solat jenazah arwah ayah pelajar berkenaan yang turut meninggal dunia dalam kemalangan itu. Bantuan turut diberikan,” katanya kepada Sinar Harian.


Beliau berkata, mangsa kini adalah anak yatim dan ibunya tiada keperluan tetap menanggung keperluan hariannya.


“Justeru, pihak MAPIM menyeru kepada para dermawan untuk sama-sama membantu mangsa khususnya untuk bekalan susu dan lampin pakai buang,” katanya.


Sumbangan boleh disalurkan melalui MAPIM Kedah dan Pusat Khidmat Wakil Rakyat Parlimen Sik, menerusi akaun Maybank 5520 9522 4432 atas nama Baitul Rahmah- MAPIM


Sinar Harian pada 18 Jun lalu melaporkan Briged Bakti Malaysia (BM) cawangan Kedah menziarahi Muhd Anas Qhuzairy, 13 yang terlantar sakit selepas terlibat kemalangan bersama ayahnya, Zulkifli Abu Bakar di Sungai Tiang, Pendang.


Source: SH Edisi Utara

[featured-video-plus]